Kepada semua ahli keluarga,
Pada minggu pertama, Kinder Labz dibuka dengan meriahnya sekali di mana kami mengalu-alukan kanak-kanak yang bersemangat dan energik. Semua orang dapat mengunjungi bilik kelas, mempelajari benda baru dan mengenali rakan baru.
Kinder Labz adalah tempat menarik di mana anak anda boleh belajar malalui bermain dan membesar di tempat yang selamat dan mesra alam. Di sini, mereka boleh meneruskan pengembaraan pembelajaran mereka dengan penuh keseronokkan justeru dapat memperolehi ilmu juga meneroka benda baru.
Kami semua adalah ahli Kinder Labz, di mana pusat pembelajaran kami adalah seperti sarang lebah yang bersemangat, rajin dan saling bekerjasama juga kami bekerja untuk yang terbaik untuk semua pelajar.
Sarang Kinder Labz telah dinaik taraf untuk keselesaan. Kanak-kanak dapat terbang dan berlegar di kawasan resepsi, di mana ia adalah untuk memberi semangat positif untuk mereka memulakan hari mereka. Di sini, mereka boleh membaca, menjadi kreatif ataupun berinteraksi dengan muzik.
Kami gembira anda berada di sini dan menantikan pengembaraaan yang indah bersama-sama kami di sini.